Monday, January 25

After hardships come ease.

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Damailah semua.
Lihatlah pada diri kita.
Semua.....okay over betul. Sekian.


Haritu aku baru dapat result semester 1. Aku sungguh berharap untuk semester 1 ni. Aku harap aku dapt result yang bagus tapi, jauh sekali apa yang jangka. Aku boleh kata fail lah subject Discrete Maths sdangkan aku belajar Discrete Maths ni 2 minggu sebelum exam. Aku fahamkan semua. Aku buat latihan. Aku tengok youtube dan belajar dengan cikgu youtube, belajar dari malam sampai pagi semata nak bagi fahamkan diri aku betul betul supaya aku dapat jawab dengan cemerlang.

Lecturer aku pernah cakap subjek ni boleh kata 70% fail. Tapi aku nak jadi yang 30% tu, aku taknak jadi yang golongan 70%. Aku percaya kalau aku usaha dengan lagi gigih, aku mampu jawab soalan DM dengan jayanya. Masa study week tu aku belajar betul betul. Memang fokus aku pada DM je. Padahal first paper adalah SAD. Sebelum tu aku ada Test 2 untuk DM ni. Tengah jawab tetiba entahlah sistem tu crashed ke apa ke entah mana silapnya aku ke yang salah, jadi aku plan nak jumpa lecturer esoknya. Tapi sebabkan aku tak ingat jadi aku tangguh sampailah ke hari Khamis. Aku jawab test tu hari Ahad. Sebelum tu aku dah bagi email kat 2 lecturers, satu subject coordinator, satu lagi lecturer yang ajar aku subjek ni.

Lepas aku jumpa subject coordinator beliau kata nak buat lagi satu retest jadi aku memang berharap sangat. Test 2 ni carrymark tau sangat lah penting untuk subject ni. Lama aku tunggu sampai aku email lagi sekali subject coordinator tapi tak ada reply. Tak lama tu keluar carrymark. Tengok carrymark aku punya frustrated tu Allah je yang tahu.

Apa lagi, usaha aku lagi 2 kali ganda. Aku percaya kalau Allah tengok usaha, tak tengok hasil. Jadi masa jawab soalan tu aku cuba yakinkan diri aku boleh.

Hakikatnya, aku fail subject tu. Padahal aku rasa aku mampu nak jawab semua soalan dengan baik cuma aku tak tahu mana silapnya. Frust? Mashaa Allah, Allah je tahu perasaan aku ni.

Aku cuba nak positif, budak yang belajar dengan aku pagi petang siang malam boleh dapat dean list walaupun dia course lain tapi aku ni hm hampehnya. Aku frust gila. Kenapa aku fail sedangkan aku dah cuba yang sebaik-baiknya. Boleh kata ni usaha paling usaha yang aku pernah buat dalam hidup aku. Aku cuba sabarkan diri kata semua benda ada hikmah. Jujurlah, aku tak boleh nak fikir dengan baik macamana aku nak score nak bawak diri nak capai cgpa bagus kalau 1st sem result dah tak cantik macamni?

Lepas aku baca blog kawan aku yang sorang ni, aku rasa macam apalah sangat diuji dengan benda macam ni. Kawan aku lagilah dah buat preparation to luar negara tapi tak berjaya. 2 tahun belajar tapi tak berjaya. She must be so frustrated tapi dia still positif lagi. Kita mana tahu kan rezeki masing masing. :)

2014 dan 2015 adalah tahun paling teruk aku pernah rasa. Moga ada kekuatanNya bersamaku. Ya Allah, kalau aku buat banyak dosa sampai ilmu aku tak berkat, kau sedarkanlah aku, kau ingatkanlah aku kpd kesalahanku yang mana aku terlepas pandang.


Okay, masih kuat:) Cuba lagi Zar:)

No comments:

Post a Comment