Friday, June 21

Terimakasih.


                                           I'm bulletproof, nothing to lose

                                                    Fire away, fire away
Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away
You shoot me down but I won't fall
I am titanium
You shoot me down but I won't fall
                                                         I am titanium

Bismillahirahmanirahim
Assalam.


Alhmdulillah. Aku dah meningkat dewasa walaupun tak setinggi alam dan impian yang aku citakan selama ini. Aku tak kisah. Ini cara aku. Aku redha. 

Alhamdulillah aku berjaya membuat sesuatu yang berhasil untuk aku. Siapa sangka aku boleh? Walaupun probability nya aku masih dalam tahap yang tidak memuaskan. Perjalanan hijrah aku semakin pudar. Buka buku. Semak hati. *Sigh. Aku fail ke?

Aku bukan Iron Lady.
Aku bukan Superwoman.
Aku bukan Cicakgirl.
Aku manusia biasa.
Aku tak kuat.
Andai kata aku ada super power. Aku harap kuasa aku adalah menjadikan bumi ini dengan apa yang aku harapkan dengan setiap perjalanan hidup yang aku tentukan. 

Tapi kalau berlaku, maknanya tak terjadilah TAKDIR dalam hidup aku. Berpandukan kehidupan yang aku cipta dengan semua fantasi yang aku impikan. Maka tak terjadilah UJIAN dalam hidup aku. Itu yang aku harapkan? Tidak. Aku mengharapkan lebih daripada itu. Untungnya, aku tak mampu nak melakukan. Kerana, "Allah always know the best''

Always know the best.


Menjadi manusia dalam beribu kejadian dalam arus modenisasi yang hebat sebegini menampakkan aku lembik. Lemah. Tak kuat macam apa yang harapkan. Ini ke sebabnya perjalanan hijrah aku semakin pudar? Bagaikan memerlukan satu bacaan indeks pencemaran hati yang menyatakan sejauh mana hati aku bergerak baik. Namun segalanya, memusnahkan diri aku sendiri. Aku lemah. Sebab itu, kadangkala aku mengharapkan sesuatu yang berlaku dengan keajaiban tanpa dapat aku fikirkan apa itu. Mungkin ini sebabnya aku selalu mencari apa masalahnya.


Mungkin disebabkan aku sibuk mencari masalahnya padahal aku tahu bahawa dengan cara itu, aku umpama membakar diri aku bersama masalah itu. Walau kadang aku jatuh tanpa ada sebarang sayap membawa aku pergi. Aku percaya Allah sentiasa membantu aku.

Aku tahu bahawa segala masalah aku. Tak sepatutnya aku ceritakan pada orang. Namun dalam keadaan terpaksa. I just want to let it ALL go. Let all the things happened, aku taknak simpan. Bila aku simpan, air mata aku jatuh. Aku taknak. Nampak aku tak kuat. Ego aku jatuh. Aku dah tak gagah. Aku dah tak smart. Macam bushes aku tengok diri aku.

Bila mereka terus mem-provoke kerja kerja aku. Apa aku boleh buat? Terima nasihat orang lain lagi? Barangkali aku dah tak sanggup. Menampakkan bahawa aku tiada lagi jalan lain. Aku janji untuk buang jahiliyah. Namun disebabkan orang disekeliling yang mem-provoke aku. Semua jalan aku nampak tak sempurna. Aku penatlah. Aku penat.

Bila kau orang sibuk menyatakan semua perihal itu. Aku diam dalam hati sebab aku tahu ada caranya. Selama hampir setahun, apa caranya?

Allah sentiasa mencarikan aku jalan untuk aku flow. Namun kau orang? 

Dakwah bukan dengan kata-kata. Ia lahir dengan perasaan. Kalau kita sendiri tak jaga perasaan daie. Apa kau ingat segalanya boleh terjadi. Boleh, dengan izin Allah. Tapi nampaknya kau kurang melaksanakan senarai ukhuwah itu sendiri.

Kalau kau rasa aku setakat meluah perasaan. Biarkan. Aku memang sedang meluah perasaan. Perasaan yang tertipu dengan semua ideologi hidup yang kita semua harapkan. Kau nampak begitu jahil apabila sibuk mem-provoke orang yang kau katakan sebagai pembakar semangat. Nampaknya kau begitu silap dalam memberi erti persahabatan sebenarnya.

Aku tak mengharap mendapat jawatan sebegini rupa. Aku tak mengharap memberi sumbangan sebesar mana. Yang aku cuba ialah mencuba. Berdakwah.


Terimakasih kerana mem-provoke bilang apa yang aku buat semua tak kena. Aku terima. Tapi disebabkan terima itulah aku terseksa. Aku diam walaupun aku tahu ia tak semena. Aku cuba. Betul kan. 


Benarlah Al-Quran itu cahaya dalam kehidupan. Iman pembantunya. Taqwa sahabatnya. Tapi ingatlah, UKHUWAH ceritanya.


Sahabat, walau kau kadang tak perasan apa yang kau katakan. Aku diam tanpa sebarang kencangan. Tapi ingatlah. Setiap kata yang kau jelaskan bahawa ia pembakar semangat aku. Itu BUKAN CARANYA. Itu bukan. Apabila kau yang terkena. Pandai pula kau melatah bilang dengan orang lain. Aku? Simpan dalam hati? Sampai tak tertahan? Tahniah aku ucapkan kepada kau semua. Pandai membentuk diri sehingga kuat sampaikan kau fikir semua orang seperti kau. Mungkin aku belum lagi. Sebab nak tahan sakit orang provoke aku pun tak jalan.


Tapi asal aku buat amanah aku yang kau rasa kecil pun, aku cukup bahagia. Sebab nanti Allah tanya jugak pasalnya. Terimakasih.



Wassalam.

****************************

Lain kali fikir apa orang punya perasaan.

No comments:

Post a Comment