Friday, March 29

The Fat of Fatin

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum w.b.t


Makan? Semua orang suka makan. Tidak ada orang yang tak suka makan melainkan dia cirit birit, sakit perut dan etc. Semua akan makan makanan kegemaran walaupun benda lain tak dimakan. Boleh jadi dia makan 5 kotak kek pavlova kalau itulah kegemarannya. Boleh jadi dia membungkus 10 set ayam KFC kalau itulah kegemarannya. Nafsu, SEMUA BOLEH JADI !


So here a story of Fatin.

Fatin like to eat. Everythings ! Sebut aje apa. Semua dia selalu makan. Bila mamanya kata cukup. Fatin meneruskan niat murninya untuk membantu perutnya membesar. Begitu juga dengan lemak-lemaknya. Fatin is a kind person kan? Bagus. Bila abangnya Hafiz menegur, "Fatin, cukuplah tu. Nanti ada bendasing tambahan dalam badan awak nanti". Jawapan wajib Fatin, "Well, who cares?". Teruslah Fatin dengan membantu perutnya menjalani tumbesaran serta perlebaran. Apa yang dia perlu risau? Hanya dia sahaja. Dia tak kisah apa orang kata tentang dia. Dia meneruskan kelangsungan niatnya dengan MAKAN. Hobinya sekarang ialah makan. Lebih-lebih lagi jika mamanya masak tomyam kepala ikan kembung. Sedapnya tak terperi! Siapa yang boleh halang Fatin? Abangnya kadang-kadang terpaksa menanak balik nasi kerana bagi Fatin, 3 pot tuh tak cukup buat dia. Hafiz, sabar ya?


************************************************************************************


Anda suka makan? Suka makan makanan kegemaran anda? Saya pun. Saya suka makan apa sahaja yang ibu saya masak. Kecuali sayur-sayuran. Hehehe. Memilih? Kita memang kadang-kadang memilih dalam bab makan. Tapi, itu bukan lah point-nya.Adab makan. It is. ADAB MAKAN!


Sebelum itu, sila bersiap sedia mengangguk kepala 80 darjah semasa sedang membaca. Nyatakan kesetujuan anda sebab inilah yang saya buat serta anda buat. No lie eh.


Pernah anda makan sampai tak cukup?
Pernah anda tak kisah apa orang kata sebab anda pun tak kisah tentang saiz badan anda?
Pernah anda rasa dalam dunia ni, "Takde sape nak pandang aku lah"
Pernah anda kata, "Who cares aku gemuk ke apa"
Pernah anda kata, "Kali ni je. Kali ni sahaja"


Pernah? Saya pun pernah. Kadang-kadang selalu. Bila diingatkan kembali. Siapa yang mendorong kita untuk bermonolog seperti itu? Mestilah syaitan? Ehh, apo kono eih? Apo kono ya. Hah ni kono jang.


Syaitan akan menghasut semua manusia untuk bermalas-malasan dalam melakukan ibadah. Akan mencari jalan sebaik habis mungkin untuk membantu manusia menjadi malas dan seterusnya menyesatkan mereka. Malas? Where does it come from? FROM FOOD!

"You are what you eat"

Apa yang saya dapat daripada research saya sebelum ini, ingat lagi tak 6S? Song, spirit, sex, snack, sports dan smoke. Semua orang suka makan Tehwisties, Scroller Kroster, Super Bring, dan sebagainya. Ini adalah cara mereka melemahkan akal fikiran kita sekaligus boleh menjatuhkan kita dan agama kita. Gawat ni, gawat ni !

Disini ada beberapa selingan yang saya temui dalam beberapa blog dan pandangan mereka tentang S for SNACK,

Anda boleh membaca entrinya dalam 6S

Ini merupakan S yang keenam yang saya tambah. Snack di sini saya maksudkan sebagai makanan. Yahudi bukan sekadar menyerang kita dengan 5S di atas, malah turut menyerang kita dari aspek yang tidak terduga, makanan. Dunia dan sejarahnya telah menyaksikan bangsa yang bijak adalah bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Namun kebijaksanaan dan kegemilangan bangsa Arab itu adalah sejarah. Yang tinggal kini hanyalah kebijaksanaan yang dikaburi dan ditenggelami kemiskinan, corrupt dan kemunduran negara-negara Arab. Walaubagaimanapun,masih wujud  umat Islam yang sedar dan mahu mengubah wajah bangsanya dan masih mampu bergerak walaupun ditekan dari segenap arah. Mereka ini wujud di setiap negara Islam. Kebangkitan yang semakin meluas inilah yang ditakuti Yahudi.
Maka, tidak cukup dengan 5S, mereka menyerang pula dangan S yang keenam-snack/makanan. Pengenalan makanan-makanan segera dan makanan ringan mendapat sambutan hangat seluruh penduduk dunia. Seperti yang kita tahu makanan seumpama ini mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang sangat banyak. Dan kita begitu arif bahawa bahan-bahan ini adalah carcinogen. Selain itu, bahan-bahan ini juga melemahkan ingatan, mengurangkan ketajaman akal, membantutkan tumbesaran dan lain-lain lagi.
Kita lihat sahaja tanah air kedua kita, Mesir bumi kinanah ini. Snack dan ‘jajan-jajan’ begitu banyak sekali dijual di kedai-kedai. Fenomena ini baru sahaja berlaku dalam 5-6 tahun kebelakangan ini. Sebelum itu, tiada pun seumpama hari ini. Produk pertama yang diperkenalkan di Mesir ialah Syibsi, yang kita tahu produk boikot. Cukup menjadi perintis, tanpa perlu disuruh syarikat-syarikat Mesir sendiri turut sama rancak manghasilkan produk serupa dek kerana sambutan yang sungguh luar biasa. Hasilnya semua orang sudah menjadikannya makanan asasi. Pelajar-pelajar Malaysia di sini turut tidak ketinggalan menerima tempiasnya.

Mashaa Allah! Betul tak betul?

Kemudian kita diprovok dengan pelbagai jenis makanan enak yang mempunyai bahan-bahan yang kita tak tahu apakah dari mana ia datang. Mars mungkin. Herherher. 

Sebab secara logiknya, kita tak dapat nak memboikot brands makanan sebab makanan itulah menjadi feberet kita. Nampak tak betapa besarnya penangan makanan ni? Sampai kita nak memboikot pun payah. Betul tak? Pandainya Yahudi mengawal otak kita! Mashaa Allah. Moga Allah membantu kita berjihad di jalan Allah.

"Tapi, saya tak makan semua jajan-jajan tu"

Owh, awak tak makan? Bagusnya awak ni. Tapi..............

Selera awak memang makan banyak? Saya ada jawapan untuk awak. Selera yang banyak memaksa kita dan nafsu kita untuk memenuhkan selera kita. Pantang nampak kuih apam Makcik Jemah depan warung Pak Amid, terus nak beli. Bukan singgit dua hinggit.Sepuluh hinggit pun bukan lagi impossible. Semuanya boleh dengan nafsu. Maka apabila kita didorong oleh nafsu yang dikuatkan oleh syaitan, maka semuanya tidak lagi mengganggu anda lagi. Let's makan ! Makan makan makan makan. 


"Alah, kecoh lah dia ni. Makan banyak sikit je pun nak bising. Nafsu lah , syaitannirrojim lah"


Ia bukan sahaja menyibuk soal setan dan nafsu, bila kita dikuasai nafsu dan syaitan, apa khabar Wak Imaan? Iman mestilah menjadi lemah dek kemalasan yang kita bina selepas makan makanan yang banyak. "Fasting is the greatest remedy physician within" by Philippus Paracelsus.
Ingatlah wahai semua pemakan tegar 5-6 dulang nasi, apabila anda makan. Kawallah dengan niat untuk menjadikan anda sihat dan memenuhkan hak asasi anda sebagai manusia. Bukan hanya didorong nafsu semata-mata. Bukan menjahanamkan pemikiran anda semata-mata. Bukanlah menjadikan anda malas semata-mata. Bukanlah merosakkan anda semata-mata. Jauhkan daripada mengikut nafsu yang badannya lebih besar daripada imaan anda tu. Bila lagi nak bagi makan rohani? Penat iman mengecil. Tak kesian ke? 


Dan sebagai umat Rasulullah yang mencintainya kerana Allah. Disini ada beberapa sunnah yang boleh diamalkan dan membantu kita mengurangkan nafsu-nafsi inshaa Allah.

-    Membaca doa yang bermaksud – “Ya ALLAH ya tuhanku , jadikan hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atasnya”

-    Makan cara hamba – ketika duduk makan, baginda merapatkan kedua lututnya dan kedua tapak kakinya , tapak kaki kanan berada di atas tapak kaki kiri 
-    Tiada memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah di dalamnya umpama memakan api.
-    Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian cara makan syaitan.
-    Menyukai faludzaj : ramuannya minyak samin madu lebah dan tepung gandum
-    Menyukai roti syair , mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering)- dicicah dengan garam
-    Menyukai anggur dan dimakan bersama roti  dan gula atau ruthab
-    Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan
-    Memakan anggur dengan memegang tangkainya
-    Menyukai susu dengan tamar ( al-athyabin – dua yang terbaik )
http://arnamee.blogspot.com/2012/07/adab-makan-rasulullah-saw.html#ixzz2Oymxi3so




Back to the story

************************************************************************************


Hafiz dah penat. 'Madahlah setiap hari kena masak balik nasi sebab asyik habis je' monolognya dalam hati. Kini Hafiz tak kisah lagi apa yang terjadi. Dia perlu menegur adiknya. Kan dia lelaki. Dia adalah pemimpin buat saudara-saudara perempuannya. Tengahari itu, mamanya masak asam pedas ketam merah. Hafiz nampak adiknya yang cukup berselera menyenduk nasi. Bila tengok sendukan yang ke-3, Hafiz terus berkata, 
"Dik, cukuplah tu. Nanti jadi gemuk macamana? Dah tak lawa. Dah tak molek. Takde siapa nak nanti. Cukuplah tuh". 

Macam biasa Fatin akan menjawab, "Who cares? Siapa je nak tengok adik ni?"

Menyirap darah di muka. Tahan. Tahan. Depan rezeki ni.

"Makan kena beradab, bukan ikut nafsu"

"Who cares, abang."
Hafiz tak tahan lagi.

"Well, I care ! Nafsu kau tu yang tak cares ! Tapi your imaan cares ! Now, who cares?!"

Fatin terkedu. Mamanya pun terkedu. Abinya terkedu. Semua terkedu. Tengahari itu, semua ahli keluarganya menyenduk nasi setakat 1 setengah senduk saja. Imaan cares. Imaan cares. Itu sahaja perkara yang diingat oleh setiap ahli keluarganya.

Mamanya tersenyum. Selesai makan, mamanya berkata, " Bagus Hafiz. Tapi marah pun nafsu jugak. Sikit boleh tercuit imaan." Tersenyum lagi mamanya. Menegur kenalah semua.

Hafiz terdiam. "Setan ni licik betul. Aku tegur adik aku pasal nafsu makan. Dia bagi sedebak nafsu marah.Allah allahuakhbar".

************************************************************************************

Sekian wasalam:)

No comments:

Post a Comment