Saturday, June 20

Dah kerja....

Assalamualaikum 



And hello to everyone!!


I have so much butterflies in my stomach. It's been so looooooooooong time since I havent update anything. And the last post was in 2013 (get some natural senses, Zars)



Well, before that, Ramadhan Kareem to everyone. I forgot I own a blog and here I am (awkward gila).

Yes okay. Let's start.

Aku tahulah aku ni noob tapi entahlah ada orang tanya "eh tak update belog ke?". Seriously I was, oh aku ada ke? Lol. (I am still trying to get some ideas coz I couldnt think of any)

So, okay aku cerita betul-betul. 





2 weeks after aku habis Matriks, bapak beri kebenaran untuk aku kerja. Memang time tu seronok bangett (tak aku tipu, time tu aku malas amat paling sekali sangat sebab konon nak khatam Running Man, *kan, lagho betul hidup aku time tu, sekarang pun sama lagho je*. So, setiap hari after bapak balik mesti beliau punya conversation dengan aku,

"GST tu bagus."
"Dah apply GST?"
"GST is one of the best tau"


Tak, sekarang ni kenapa nak kaitkan GST dengan aku? Why Goods and Service Tax? So lepas jadi noob selama seminggu, tengah melagho (melagho je keje kau ni), Bapak sent me a text.




So, I wuz loike, oooh, selama ni he mentioned about JST ke? So, JST is stands for JAPAN SOLDERLESS TECHNOLOGY *kot. So kilang ni produce connectors which they are very important for okay aku tak tahu tapi yang pentingnya, dia memang penting.

And afkoz aku taknak kerja ni. Aku ingat nak kerja, "Selamat Datang, nak makan apa?". Hahhhhhh itu yang aku nak sangat! Tapi bapak tak faham. He said kerja kilang will give you more good experiences and helps you to discipline yourself. I couldnt do nothing. Nodding and said yes was the best thing to do at that time. 

So aku pun kerja lah. Dapat jadi clerk. Kira okay lah sebab tak adalah serius sangat, (even it's yes). Every morning, Im gonna wake up early and start prepare macam nak pergi sekolah. Every morning, pukul 0730 am aku dah tercongok depan jalan sebab tunggu van datang. Setiap hari jugaklah aku berjalan dengan abam-abam Bangla yang pergi kerja. Siapa yang ingat aku tak ada kerja selalu tweet pukul 7 pagi lebih konon tak bertamadun, hah ye saya kerja ye awal pagi. Pukul 8.30 saya dah tak boleh pegang phone pun lagi sebab phone kena simpan dalam loker. Kadang-kadang masa balik kerja tu tengok conversations sampai 7-8-9 (yang 9 tu tipu sangat) conversations. Yelah, kauorang punya lagi banyak ye.

 Alhamdulillah, setiap hari aku hirup udara segar. Bak kata orang, time ni udara bersih sebab udara orang hipokrit belum ada lagi lewls.


Aku kerja kat area of PTP (Port of Tanjung Pelepas). Orang awam tak boleh sukahati masuk because you need special passport( I guess) kalau nak masuk. So one week tu memang aku pakai pas pelawat. The next week, aku ada pass pekerja yang kalau kau tak ada, kau tak boleh masuk kawasan PTP tu. Bapak kerja kat Zone B and aku kerja kat Zone B. Pass kami berdua sama tapi aku tetap tak boleh masuk Zone B and bapak tetap tak boleh masuk Zone A. Zone aku banyak jugak kilang. Kilang JST je dah ada 4 plants (ni bukan plant pokok bunga marigold eh bukan). Kilang yang aku kerja ni, Plant S. S ni stands for Sakigake. Sakigake anak lelaki kepada owner besar, yang lagi tiga tu ada yang bini owner besar punya. Ada yang anak lain punya. Tapi imagine jelah, kat sini je ada 4, kat US lagi, kat Japan lagi, kat merata dunia ada je kilang JST ni (aku ni dah macam duta pulak lol)


PORT OF TANJUNG PELEPAS. 


Memang payah. Ikutkan aku, aku nak je kerja kat kilang bapak sebab satu company kan senang. Tapi sebab bapak orang besar dan aku yang dah lah noob, clumsy, careless, pemalas, so ada bagusnya aku kerja kat JST ni. Memang at first, I wuz like, "What? Kerja kilang? Seriously? Why? Tak ada tempat lain ke? Kerja Mekdi lagi best huhuhu boikot lupe ke.


Pengalaman?

Ya Allah, kau macam boleh buat dokumentari kalau kerja sini. Sebab banyak jenis orang kau jumpa. Alhamdulillah, aku kerja dalam office. Sebelah aku assistant manager, depan aku ketua clerk, sebelahnya, HOD (Head of Department) and yang monitor yang duduk tengah-tengah is a Japanese. Umur pun dalam 20s. Muda-muda dah jadi monitor. Setiap hari aku menghadap mereka. 

Cemana nak cakap ek, sebab aku the youngest girl dalam office tu and semua orang dalam office tu jawatan besau besau, kau kalau buat salah even ciput, you gonna regret tak tipu. tapi nak buat macamana, men cannot run from doing mistakes. Nasib baik Alhamdulillah wa syukurillah, semua orang dalam office nak baik belaka.

Oh lupa, aku tak mention lagi aku kerja department mana eh, aku kerja department Stamping. Department paling penting dalam JST ni sebab department kitaorang lah yang produce connectors. tu kalau kau keluar office, kau macam boleh menari samba sebab gedang gedang (gais, ni bunyi machines okay). Sebelah office ni bilik Maintenance. Itu toksah cerita kalau kau masuk GEDEGANG!! Sebab mereka repair machine kan. Tu memang power lah. Kadang-kadang aku macam nak belajar jugak. Manalah tahu ambil engineering ke apa kan. Duduk office nak jadi safety engineer, duduk bilik maintenance nak jadi molding engineer, keluar JST,eh banyak pulak cita-cita. Well, im ambitious! Setiap hari aku balik pukul 5.30 pm. Everyday. Kalau kerja kedai makan mungkin susah sikit kan nak balik on time. Except hari Jumaat, balik pukul 6.10pm sebab rehat tengahari panjang. Yelah nak solat Jumaat kan. Setiap petang ada taiso. Taiso ni senaman ringan. boleh kata everyday jugaklah aku tunggu taiso ni sebab excited nak tunjuk bakat aku yang boleh ber-ballet dan ber gimnastik (akak ni hiperbola tinggi sangat). Yelah sebab kalau kau kerja kedai makan, tak ke orang kata kau buang tebiat tiba-tiba je berballet. Yang tak boleh blah, taiso siap ada lagu. i feeling duduk jepun sangat~


Orang-orang kat sini memang Alhamdulillah semua baik-baik. Terimakasih pada semua orang sebab layan aku macam adik senang kena buli. Tak apa, aku redha je lol.


So, decision nak kerja kilang ni aku boleh kata okay lah. Tak adalah susah sangat cuma pressure tu mungkin banyak sikit. Sini tak boleh bawak phone masuk kerja langsung. So kalau kau tak ada kerja, adalah baiknya kau buat-buat ada kerja hah gitu.

Okay rasa macam best pulak tulis banyak-banyak hahaha. And anyway, thank you for reading terimakasih terimakasih (haha padahal siapa je nak baca???)

Seeee ya laater.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Awk nk tnya ade x number van kilang tu?sbb kita dpt keje kt ptp zone A,tp xde transport.mintak tlg sgt sbb memg tgh cari transport ke sana

    ReplyDelete
  2. ok x kerja situ? sbb sis bru dpt offer kat situ,,, so far ok x?

    ReplyDelete