Saturday, June 11

Simple but ignorant

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

And hopefully everyone has a good day in Ramadhan. Alhamdulillah.

By the way, pada bulan yang mulia ini, Kakjah ingat nak share satu perkara yang mudah tapi ramai betul ambil remeh temeh.

Ketahuilah adab-adab duduk dengan orang ya adik adik. Senang cerita Roommates anda lah kiranya. Bila anda masuk U, anda akan tinggal dalam bilik mungkin satu bilik tu kongsi 2 orang ke, kongsi 4 orang ke.

Ni akak nak share sikit satu perkara, kalau awak duduk dalam bilik yang berkongsi, cubalah beradab. Ada orang, tak boleh tidur lampu terbuka, ada orang time belajar tak boleh bising sangat, orang malas solat ke apa ke dan sebagainya.

Ni akak ada beberapa cadangan buat adik-adik yang mengalami perkara (yang tak sedar diri tu bawa-bawalah bersedar, jangan menyakiti hati orang lain pls),

-Anda bawalah lampu belajar persendirian kalau nak belajar lewat malam. Janganlah buat buat tak kisah roommate nak tidur pukul berapa lantak pilah. Usahlah begitu. Ingat, beradab.

-Jika anda ada masalah tak boleh tahan ketawa contohnya time tengok RM ke, Raja Lawak ke tak kisahlah apa apa yang kelakar, tahanlah ketawa. Sengih je pun takpe. Kesian roommate nak belajar tapi tak tenang. Dalam hati dia panas membara, tapi dia diamkan aje. Janganlah over rasa bilik tu kau punya ya.

-Masalah orang susah solat ni, akak taknak komen banyak-banyak tapi akak ada satu je pesanan, awak jaga solat, inshaa Allah orang hormat awak since awak hormat Allah. Kalau kita tak hormat Allah, macamana orang nak hormat kita. Jujur akak kata, akak pun jenis kalau orang tinggal solat, akak dah kurang hormat dia walaupun dia baik macamana (maafkan akak atas persepsi sebegini namun ada kebenarannya). Namun akan akak cuba mengubahnya. Yang penting, janganlah lupa menunaikan solat (pesanan untuk akak juga. Moga kita tak tergolong dalam golongan orang yang tinggal solat Ameen ya rabbal alamin)

-Masa orang tengah solat, awak hormatilah, janganlah makan dalam bilik sampai dia bau, nak-nak bilik tu kecik, Allahu, lagilah stress orang tu. Sedangkan solat itu menenangkan, awak bagi dia stress lagi. Kasihanilah dia. Kalau dia tak tegur awak tu, bukan maksudnya dia tak kisah, cuma dia taknak hubungan awak jadi awkward (ataupun dia dah tak suka awak, hah kan dah susah tu kiranya dia dah malas nak ambil kisah pasal awak lahtu).

-Selain itu, sewaktu dia solat, apa kata awak diam je, kalau nak gelak pun nanti-nantilah. Kesian lah kat dia, dia dahlah stress, nak berkomunikasi dengan Allah pun, awak ganggu. Cubalah belajar menghormati. Lima minit takkan tak boleh?


Awal-awal sem




DAHNAK HABIS SEM

Inilah perkara yang akak nak cakap daripada dulu lagi. Alhamdulillah setakat ni, akak tak pernah lagi mengalami masalah-masalah seperti ini. Cuma membuat konklusi daripada apa yang kawan-kawan akak pernah luahkan. Jujur akak kata, kalau kita menghormati orang, orang akan menghormati kita kecuali orang yang tak kenal apa itu budi bahasa.

Bagi yang mengalami situasi diatas (mangsa keadaan lah senang kabonya), akak nasihatkan, banyakkanlah bersabar. Akak tahu, sabar ada limitasi, tapi doalah pada Allah agar dilapangkan dada, ditenangkan jiwa. Akak kalau ada dalam situasi ni, akak pun dah tak boleh tahan sabar dan akak mungkin akan baling dengan baldi pada orang bertuah itu.

Inshaa Allah, sabar itu manis. Kalau boleh bersabar, sabarlah sampai sado. Orang macamni, kita hanya mampu doakan je(lagi-lagi yang tak berani nak tegur kesalahan orang). Kita tiada pilihan lain hanyalah dengan berdoa agar kita dipermudahkan urusan. Sayangilah jiwa dan sabar anda!

Yang membuat perkara tak patut seperti diatas, akak harap, sedarlah. Janganlah menyakiti hati orang. Kadang-kadang kta tak perasan kita dah sakitkan hati orang tanpa kita sedar. Ni yang paling bahaya.





Sempena Ramadhan ni, lagilah banyak-banyakkan berdoa ya adik-adik. Ye akak faham, susahnya nak sabar, rasa macam nak cerita kat orang je. Tapi tak elok untuk kita burukkan orang di hadapan orang lain sebab itu bukan perkara yang baik untuk kita lakukan. Jadi, pesan mak akak, bawalah bersabar! Sayang adik adik! (Kadang-kadang kalau tak sabar sangat, kita tercerita. Tapi janganlah mengumpat seburuk seburuknya)


Btw, akak ada exam tau bulan Ramadhan ni, doakanlah akak tenang ya Ameen.

No comments:

Post a Comment