Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum w.b.t
Ahlan wasahlan. Ana bilkhair wa Alhamdulillah. Antum? May Allah bless all of you. Alhamdulillah, esok dah nak pulang ke asrama. Makin banyak status FB yang tak percaya bahawa esok sudah pulang. Mungkin aku juga begitu. Beratnya hati nak tinggalkan laptop. Eh silap ! Nak tinggalkan family:) Takpe, belajar itu satu jihad.
Beberapa hari yang lepas, ada seseorang menanyakan pada aku tentang cinta. Jujur aku kata, semua manusia akan diciptakan satu perasaan yakni, rasa untuk disayangi dan menyayangi. Sedar tak sedar, kadang-kadang kita lupa akan keesaan cintaNya.
Dia bertanya, "Apakah dosa selama ini saya menyayangi dia kak?". Aku jawab, "Setiap hamba Allah itu akan ada sifat untuk mengasihi antara satu sama lain". Wahai sahabat, Allah itu telah menjanjikan cinta abadiNya buat setiap hambaNya. Telah jelas tak payah bersuluh, Allah berkata dalam Quran,
"Ingatlah padaKu, sesungguhnya akan aku ingat kepadamu. Bersyukurlah padaKu, dan jangan kau ingkar kepadaKu"
Ingat tak bahawa sifat-sifat Allah itu banyak. Salah satunya adalah Ar-Rahim. Yakni yang bermaksud Maha Penyayang:). Jika Allah tidak sayang pada kita, masakan Allah berikan nikmat pada kita? Renung-renungkan lah wahai sahabat.
Jujur aku kata, aku juga ada mempunyai sifat menyukai seseorang. Ya, tapi sebenarnya tidaklah sampai tahap untuk ber-couple. Mohon Allah jauhkan perbuatan itu. Honestly, aku sangat suka melihat lelaki yang memakai kopiah ataupun jubah. Dan mempunyai sifat lantang menegakkan keadilan dan pun menjuangkan agama seperti berdakwah. Walaupun ada suatu hari bila aku ceritakan hal itu kepada sahabatku di SMKA JB, dia terkejut dan berkata," Aku tak sangka kau suka lelaki macam tuh. Aku ingatkan kau suka lelaki yang kerek ke, bergaya ke, hotsetap ke" Aku senyum. Dan aku cakap, "Aku perlukan imam yang membimbing aku ke Jannah" Memang orang tak percaya aku seperti itu. Tapi ingat, kita hidup di dunia hanyalah sementara.
Wahai sahabat, kadang-kadang sifat kita untuk menyayangi seseorang itu membuatkan kita taknak dan takkan berpisah dengannya. Tapi ingat, mungkin sifat itu adalah hasil godaan syaitan. Terjadinya maksiat hati. Nauzubillah. Percayalah, jika kita menyayanginya, kita tak akan kotorkan hatinya dengan perbuatan kita. Kalau kita nak terasa bahagia dengannya, mahukah kita ingat maksiat hati yang pernah kita lakukan dengannya dulu?
"Mana ada aku buat maksiat dengan dia. Kiteorang takde zina-zina okay. Jumpa pun sebulan tak tentu sekali. Kiteorang tak pernah pegang-pegang tangan pun tahu tak."
Seringkali statement itu keluar bila kita ceritakan "Couple Itu Haram". Pada awalnya, aku tak setuju bila orang kata "Couple Itu Haram". Apa yang haramnya ? Mana ada pegang-pegang tangan. Siap kejut subuh dengan qiam adelah. Ya, betul. Tapi pernah tak kita kata dengan orang, "Saya pernah ada rasa rindu dengan dia. So, saya send message kat dia setiapkali saya rindu dia". Lihatlah dan tenunglah, itulah maksiat hati yang awak buat.
Telah saya Copy satu petikan daripada ruang blog seorang sahabat tentang maksiat hati.
Ini LINK BLOG nya
"Menggunakan cara-cara di atas dengan ALAM MAYA.
Banyak lagi yang menyebabkan zina dan di atas antara contoh mendekati zina. Namun di sini saya ingin tekankan pada soalan yang pertama - Apa itu maksiat hati?
Maksiat hati, sama seperti zina hati. Zina hati, zina mulut dan zina mata etc etc adalah perumpamaan kepada menghampiri zina. Seperti yang ditegaskan oleh Allah di atas, MENGHAMPIRI zina juga salah.
Tak perlu katakan kami berdua di hadapan orang ramai. Sama seperti memputarbelitkan kesalahan yang telah dibuat. Ini yang ingin saya perbetulkan. Membaca cerita hari ini, pasti ada yang menulis,"Kami tahu jaga batas, kami tidak berdua-duaan, kami dinner depan orang ramai, bukan tempat yang tersembunyi."
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 42 :
وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dan yang batil sedang kamu mengetahuinya."
Salah tetap salah. Walau berada di hadapan sedunia sekalipun ianya tetap salah. Jika ada urusan wanita perlu tegaskan suara bukan melembutkan. Tidak dinafikan ada yang suaranya lunak secara semulajadi.
Di alam maya. Maksiat hati tetap boleh berlaku. Hati sentiasa ada di dalam badan, kalau ada yang tak setuju tak tahulah ^_^ . Maksiat hati adalah apabila kejadian seperti di atas berlaku dan hati mula berbisik terpikat dengan 'cara' di atas.
Kesemua ini boleh berlaku di alam maya juga. Membuka aurat boleh berlaku dengan meletakkan gambar dengan aurat yang tidak sempurna. Meskipun aurat tertutup tetapi digayakan dengan pelbagai lenggok tubuh, menggoyahkan iman para lelaki ajnabi. Juga mengundang maksiat hati. Begitu juga, mulut dimuncungkan dan sebagainya. Tak tahulah saya dengan 'trend' sekarang ni. -.-
Berkomunikasi dan melunakkan suara adalah dengan menggunakan webcam, bahkan dengan tulisan pun boleh mendatangkan maksiat hati walaupun dalam Islam digalakkan wanita dan lelaki berurusan menggunakan tulisan tanpa suara kerana dikhuatiri maksiat hati ini. Tetapi ia antara alternatif, sedang dengan menstailkan tulisan seperti,"ala, kenapew, bukan salah kitew.." Haih..Tak tahulah saya -.-
Berdua-duaan : Chat siang malam, umpama membina jambatan menuju ke arah zina. Sepatutnya atas apa-apa urusan e-mel dan segalanya diforwardkan kepada orang tengah. Ni angin tak ada ribut tak ada, sengaja sembang berkenalan. Sedang semua itu hanya alasan!
Panjang lebar dah artikel ini. Saya harap, soalan-soalan di atas sudah dijawab dan dibantu walau sedikit. Mohon maaf atas kurang sopan bahasa atau kekeliruan yang ditimbulkan. Niat saya hanya ingin menyampaikan, segala teguran dialu-alukan. Saya tinggalkan ini untuk dibetulkan oleh mana-mana pihak yang lebih arif. Assalamulaikum.
p.s: Setelah dipelihara dengan izin Allah, selama ini hanya bertemu dengan lelaki bukan mahram di sekolah ataupun kedai, ataupun tetamu yang menjengah ke rumah, kini Insyaallah saya akan berangkat menuju Kem Solat. Doakan semoga tiada MAKSIAT HATI yang berlaku. Amiin :)"
Dengan ini telah jelas. Ingat, bila awak rasa cinta padanya. Berdoalah pada Allah supaya dijodohkan bersama. Sahabat, cinta Allah itu indahnya Subhanallah! Macam ada seorang sahabat aku ni, siap suruh doakan kejayaannya untuk meminang kesukaan hatinya lagi 2 tahun. InsyaAllah, aku doakan:) Amin.
Sahabat, take note. Allah dimana sahaja untuk kita:) Kan Allah sayang kita kan? Takkan Allah nak susahkan kita. Tapi bila kita susah, maksudnya adelah tu kurangnya perhatian kita kepadaNya:) Maaf atas kekhilafan aku. Aku manusia biasa, jauh untuk menjadi sempurna. Hanya meluahkan pendapat. Wallahualam:)
Zahrah, mungkin perbuatan aku dgn tak berhubungan dgn dia akan menyakitkan hati aku tapi aku tekad demi menyelamatkan diri aku >< aku dah tak nak berharap pada sesuatu yang tak pasti :) aku doakan dia bahagia dgn kehidupannya :) semoga kita berdua dijodohkan dgn org yang baikbaik <3 insya-Allah suatu hari nanti :) amin ^^ -Qida-
ReplyDeleteInsyaAllah Qida:) Teruskan berdoa. Sesungguhnya Allah mendengar doa setiap hamba:)
ReplyDelete