Monday, September 10

حياتنا. Our Life. Kehidupan Kita.

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wbt.


Comment allez-vous tous? [French] Ho una buona notizia, alhamdulillah..[Italian] Allah telah memberikan setiap kehidupan untuk semua makhluk-makhluknya. Kegembiraan, kesedihan, kekayaan, kemiskinan. Namun iman telah menentukan segalanya.

Moga hari ini dan seterusnya, kehidupan kita akan bertambah baik. InsyaAllah. Macam biasa. Tenangkan hati, lapang dada. Hari ni, aku dapat MC. For three days. Baru semalam balik asrama sebab demam. Hari ni kena balik rumah balik sebab jatuh tangga. Haha. 10 anak tangga. Bayangkanlah. Tapi Alhamdulillah. Allah beri nikmat sakit pada aku. Aku kena bersyukur kerana masih boleh hidup. Alhamdulillah.

Tadi terpaksa pergi hospital. Sebab takut ada kes lain pulak. Kita bukan boleh nampak internal organ badan kita kan? Pelbagai ragam yang boleh dilihat sewaktu di dalam hospital. Ada yang tak tahan sakit. Ada yang redha.  Dan ada jugak yang memang macam tak sakit (akulah tu). Haha. Di saat mereka ini diuji oleh Allah dengan kesakitan, mungkin ada yang tidak menerimanya? Mungkin. Namun percayalah, kita perlu bersyukur menjadi orang yang terpilih itu. Inikan kifarah dosa. Alhamdulillah. Terhapus dosa kita dalam kita bersabar menghadapi ujian ini. InsyaAllah.


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Dan Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu. Percayalah. You are the chosen one. Disitulah berlakunya sesi life application 'kesabaran' yang selama ini kita belajar. 

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286

Dan dalam riwayat al-Tirmidzi menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda,
"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."
Maka, bersyukurlah atas nikmat sakit ini. Jangan salahkan Allah. Kerana Allah sayang kamu. Kamu sayang Allah.
Back to the hospital punya story, while everyone sedang menghayati rasa sakit yang diberikan, ada seorang pakcik ni duduk belakang aku. Aku terdengar perbualannya dengan seorang budak kecik yang demam. Dia kata, "Allah sayang Dani, Dani sayang Allah ya"
Lantas aku pun macam tersentap. Umpamanya seperti, "Allah sayang kamu, kamu sayang Allah." Kenapa kita taknak bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita? Kenapa kita taknak bersyukur taktala Allah nak ampunkan dosa kita? Tepuk dada, tanya iman.
Lepas selesai pendaftaran, aku pergi ke tempat menunggu doktor. Sangat ramai. Hati aku terdetik 'Ramainya hari ini yang diuji oleh Allah.' Kemudian, kelibat pakcik tu ada lagi. Mungkin dia baru lepas mendaftar kot. Itu cakap hati. Kemudian dia menegur aku.
"Kenapa dik?"
"Sakit jatuh tangga"
"Ohh ye ke. Lailahailallah. Allah sayang kamu. Kamu sayang Allah"
Aku tersenyum. Sekarang kata-kata itu ditujukan untuk aku. Allah sayang kamu. Kamu sayang Allah. Lepas tu, kiteorang berbual dengan pakcik tuh. Setiap kali nak mulakan bicara, pastinya pakcik itu akan meminta izin untuk bercakap, Seusai berjumpa doktor dan ambil ubat. Kami tak jumpa lagi dah pakcik tuh. Sebab dia habis jumpa dokto awal. Time kiteorang sedang tunggu cikgu untuk balik. Kami ternampak pakcik tuh. Kami tegur lagi. Lantas pakcik itu sangat senang dengan kami. Alhamdulillah. Sempat dia menitipkan kata-kata nasihat kepada kami. Apa yang aku kagum, pakcik tuh tidak pernah berhenti menyebut kalimah Allah. Alhamdulillah. Kadang-kadang kita, hendak menyebut Allah dala sehari, mungkin jarang sekali melainkan solat. "Allah sayang kamu. Jangan kamu sayang pakwe kamu pulak", ujar pakcik tuh sebelum balik.

Pakcik tu membuatkan aku terfikir, kehidupan kita kadang tak sempurna. Namun ada yang kurang sempurna hidupnya daripada kita. Dan setiap ujian itu, Allah yang datangkan. Tapi kita kadang-kadang tak dapat nak terima. Tapi Allah sayang kita. That's why Dia uji kita. Ingat, Allah sayang kamu. Kamu sayang Allah.Wallahualam.:)

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]


Sumber: Ujian dan Dugaan : Tanda Allah sayang kita. ( Melakar kata. Melukis cerita)


1 comment:

  1. Aku suka kata-kata pakcik tuh :) lebih baik kita sayangkan Allah dan orang yang halal untuk kita sayangi daripada sayangkan sesuatu yang tak pasti :)

    ReplyDelete