Wednesday, December 12

Imam. For Life and Hereafter.


Menjadi penduduk bumi/dunia dan pastinya bakal menjejak dalam kehidupan selepas mati, tanggungjawab menjadi seorang hamba yang bezanya iman dan taqwa, aku masih hamba di bawah aliran takdir tuhan. Tuhan yang sentiasa berada selama-lamanya di sisi aku kau dan semua. Tapi aku sedar, aku bukan boneka kepada cara hidup dunia arus permodenan, aku kekasih kepada pecinta agama. Masih berdiri teguh mencari sinar yang tidak luntur. Aku mesti bangkit. Bukan diperbodoh dengan omongan kosong yang tiada titik mula. Walau hidup dibawah bayang ketakutan untuk menegak, pasti bodoh bila dikutuk sesuatu perihal yang benar. Mungkin aku yang bodoh. Mungkin juga pemutar belit itu yang sanggup menjadi dungu. Menutup had kemahiran berfikir yang sempit. Namun kau lupa, Allah sentiasa maha Adil.

_________________________________________________________________________________


Meluncur dalam membina hidup


Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wbt.

Sebagai seorang pengguna media sosial yang kurang setia, saya masih mengikuti perkembangan aturan hiburan yang bertukar isu hangatnya setiap hari, mengetahui isu baru di laman sosial dan menjadi seorang remaja biasa. Sentiasa perasaan ingin tahu.


Saya pasti, majoritinya dari dalam kalangan kita tak kiralah remaja ataupun dewasa, perkataan 'couple' seakan-akan sudah sebati dan bukan lagi suatu kemungkaran. Dan pastinya apabila ditegur, berdas-das peluru lawan balik kepada si penegur. Apakah salah si penegur itu? Tapi tak apa, Allah itu maha adil.

Dalam kalangan kita juga, berapalah sangat yang sanggup menaip di Google, mencari maklumat tentang pewira Islam terdahulu. Berapalah sangat yang tekan butang Subscribe di Youtube dalam video-video agama. Jujur saya kata, bila kita menegur, orang sentiasa mengungkit dan mem-bash satu dunia. Ya Allah, ceteknya pemikiran kamu semua ini. Kitakan Islam. Tidak ada yang terkecuali daripada setiap hukum agamanya. Mengapa mesti ada yang 'alim lebehlah', 'bukan budak sekolah agama lah'. Sepatutnya kita perlu bersatu mengalahkan propaganda.


Oh, itu bukan tajuk utama. Speaking about the couple, the main issue is about Imam:) Naaa. Bukan couple dengan Imam, bukan. Pernah dengar tak, 'perkahwinan itu ibarat masjid, suamilah imamnya'. And I still did not want to talk about the marriage. But how to choose your imam correctly.


I really admit my mistake that I'd done it once in my lifetime and Inshaa Allah, I did not want to repeat the same mistakes even men never run from doing mistakes. My mom told me, 'Do not dwell your past. It's gone already and it still gone'. Dan, I took her words. Alhamdulillah, I am still her energetic and hard-headed daughter. Oh mashaAllah.


Okay, go on with the issue, saya pernah diusik dengan kawan sekelas. She asked me that, kenapa tak nak couple. Saya senyum. What else can I say. I didn't think it was such a killing ques or else, tapi ia satu permainan minda yang membina idea untuk jawapan saya. I smiled. Saya jawab dengan soalan, awak rasa?


Pada zahirnya, saya cuma remaja perempuan biasa. Yang mengejar hiburan fesyen dan blahblahblah. Tapi perlu saya ingatkan bahawa kita tak selamanya begini. Saya sedang mencari identiti saya. Begitu juga dengan awak semua. Mungkin 'couple' itu sudah menjadi perkara biasa dan bukan lagi suatu isu sensitif. Kerana kita umat Islam telah melakukannya. Walaupun kita tahu, ia menimbulkan banyak perihal zina dari banyak segi tapi kita tetap melakukannya.


Akhuwat semua,

Kita kena ingat, arah dan tujuan kita selepas mati adalah akhirat. Dan akhirat itu lah tempat kekal sepanjang abad, zaman mahupun dekad. Saya tahu tak semua antara kita nak lelaki berjanggut sampai ke lutut, lantang berbicara agama dan sebagainya. Katanya takut terkonkong dengan ke-fanatik-kan terhadap agamaNya. Okay, perhaps. Tapi sebagai seorang bakal bidadari syurga, Inshaa Allah, kita mestilah memilih lelaki yang betul-betul mampu menjaga kita. Dan semestinya, yang rela menjaga kita dunia dan akhiratnya.

Perlu juga mencari lelaki yang positif:)


Ini adalah 18 ciri suami yang soleh dan baik. Tak perlu nak memilih suami yang romantik kerana yang manisnya adalah dia menjadi imam dalam solat kita. Peace yooo:D

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan 
    juga terhadap Allah S.W.T.  

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Alhamdulillah:) Banyakkan? Saya teringat apabila suatu malam kononnya saya nak kahwin dengan penyanyi tapi ibu terus menyanggah, dan kata, takkan nanti dalam solat dia nak nyanyi lagu kot, baik cari hafiz(penghafaz Al-Quran). Haha. Allah, Allah, Allahuakhbar. Cetek betul pemikiran saya. Sibuk nak mengejar glamor dan populariti di dunia sedangkan di akhirat nanti kita mungkin sengsara. Allahukakhbar.

Dan sentiasa mengutamakan ibu-bapanya:)


Dan adakah ciri-2 tersebut ada pada 'couple' anda? Ada? Berjaga-jaga, cinta monyet hanya membutakan kita daripada kebenaran. Ingat ya:) Pastinya nak jadi the one untuk future imam kita kan? Jangan biarkan mutiara kita disentuh dengan objek-objek larangan:) Live with pride. Jangan ambil jalan mudah untuk ber-couple kerana tidak mahu dilabel 'outdated'. Jangan ! Banyak dosa kita terkumpul kalau kita ber-couple. Sedarkan diri.

Lelaki serious mencari erti hidupnya adalah awesome. 


Dan bila awak ambil keputusan untuk break up kerana sedar apa yang awak lakukan ini mungkar tapi awak masih mengharap pasangan lama awak itu, ingat:) Allah sentiasa mendengar. Allah kan maha adil dan penyayang. Berdoalah kepadaNya supaya disatukan dengan cara yang halal dan bukan topeng dunia semata-mata.

 Pilihlah imam anda:)


 _________________________________________________________________________________


Sebelum itu, semua gambar-gambar diatas adalah gambar Imam Muda Fatih Seferagic iaitu imam muda dan juga hafiz yang berusia 17 tahun.*Tak silapnya umurnya begitu*. So, bagaimana? Sweet-kan bila imam iaitu suami kita sendiri yang mengimamkan kita solat:) Btw, maaf. Beliau sudah bertunang. Apa? Melepas? Haha. Muda-muda dah bertunang kan. Hehe. Inshaa Allah teruskan berdoa supaya jodoh itulah yang bakal memimpin kita ke Jannah. Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk setiap hambaNya:)

Find him on FACEBOOK and TWITTER. Dan sumber Ciri Suami Soleh:)

Sekian. Alhamdulillah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment