Saturday, November 10

Aurat?





Bismillahirahmaniarahim,
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Allah masih memberikan kita nikmat hidup dan semoga Allah terus memberkati kita dengan rahmatnya:) InsyaAllah. Hari ni, kita nak cerita pasal benda yang orang selalu terlepas pandang. Ya, mungkin kita rasa kita dah cukup perfect menuntup aurat. Mungkin ya. Tapi sebenarnya, kita lupa ada part paling penting jugak yang kita tak pernah rasa nak tutup dan kadang-kadang tak ingat nak tutup.

Iaitu KAKI. Kan? Kalau tanya pasal definisi aurat, usahkan budak sekolah agama, yang tak sekolah agama pun tahu nak definisikan macamana. Iaitu, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. So, boleh lihat bahawa, KAKI pun termasuk dalam kalangan warga-warga aurat jugakkan? Tapi kenapa orang selalu lupa dan malas beno nak pakai stokin. Sekarang stokin macam-macam pesen ada. Warna kelabu, oren, hitam, pink hatta bercorak dinasour pun ada.

Cover your aurah:)

Warna warni menerangi hati.-,-' Ye ke?
Lah, apesal kalau kat sekolah kita pakai stokin warna warni ni salah pulak? Memang lahh salah dik oi. Kalau dah stokin itu parasnya pendek dan bila kita naik tangga, nampak kaki kita yang tak sempurna auratnya ni. Memang lah tak boleh. Sebab itu kita kena pakai stokin colour cream anda black and white sebab ianya panjang:). Lebih selamat. Ye tak? Ingat adik, jangan menyusahkan perkara yang mudah:)
                        
Tapi, malasnya kita nak pakai stokin menyebabkan kita tak sempurna dalam menjaga aurat.

"Alahhh, lecehlah nak pakai stokin segala. Tudung pun cukuplahh"

Ya betul. Seksaan orang yang tak menutup rambutnya ialah kita boleh mengetahuinya melalui peristiwa Mikraj yang Nabi Muhammad SAW lalui dalam Israk Mikraj. Kita semua tahu pasal cerita itu. Tahu pasal apa yang baginda yang kita cintai ini nampak dalam peristiwa tersebut. Tapi kenapa tak ada sedikit keinsafan dalam diri? Renung-renungkanlah. Kita semua tahu pasal seksaan bagi mereka yang tidak bertudung sebagaimana Peristiwa Mikraj menyatakan,

Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

Tapi, kaki kita yang selalu kita terlepas pandang ni pun, aurat jugakkan? Wahai bakal bidadari syurga, kita memang selalu rasa nak kejar dunia. Nak kejar fesyen. Semua itu kita rasa macam nak kejar. Kadang-kadang, niat kita bertudung pun dah lain, dah tak betul. Bukan sebab nak jaga aurat dan berniat untuk lillahitaala, tapi sekadar menurut fesyen.



Hahhh? Malas nak pakai stokin. Ehhh. Takpe, hang boleh pi beli kasut yang tertutup. Takpun, pakai je kasut sekolah pergi jalan- jalan. Nak? Eih? Taknak pulak? Habis nak macamana? Semua taknak. Haha. Sekarang, kasut tertutup senang sangat nak carik. Hatta yang 10 hengget pun hang boleh cari kat supermarket, market tepi jalan pun hang boleh pi beli. Mudah kan? Tak percaya? Aihh? Taknak percaya pulak dia. Takpe, sekarang, Fabriano blahblah, CR, Bata, semua dah buat kasut tutup kaki. Cuma mungkin cuma tutup jari kaki je. Tapi, kita boleh berkorban sikitkan kalau pakai stokin kan?

Clarks youuu.
Tinggi kan?




JOM BACA BLOG NI !

DR CINTA PUNYA BELOG


Sebab itulah, banyak fesyen yang dan semakin mendedahkan leher and that whatsoever. Sebagaimana saya petik dalam satu blog told me that,



Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483). 



Tabarruj yang berlebih-lebihan. Naaa, itu baru cerita pasal tudung. Tak cerita lagi pasal, bonggolan untanian yang difemes amoskan sejak menjak ni. Apa tuh? Bonggolan untanian? Yess, bonggol unta lah maksudnya:DD Pasal bonggol untanian ni rasanya kita dah sedia maklum tentang hadis yang menyatakan bahawa :-

Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

Tapi, kita tahu ke yang mana? Mestilah tahu. Kita mesti pernah nampak punya. Betul tak. Harituh, masa tahun lepas agaknya. Tengah teman ummi pergi beli tudung dekat KipMart. And suddenly, tengah belek-belek ni, salesgirl tuh cakap macamni,

"Makcik. Ni taknak ke scarf baru ni. Yang bagi naik belakang. Memang smart pakai ni, cik"

Ummi senyum je. Tak cepat melatah. Dia tahu orang ni mesti tak ingat pasal hadis ni. Huznu zhon katanya. Lantas ummi menjawab,

"Takpe dik.Kalau takde pun, bukan tak boleh masuk syurga kan?"

Saya tersenyum. Hatta kalau kita mengingatkan beberapa kali pun, tak semua take note tentang bonggolan untanian ni kan? Betul tak?

Menafsirkan sesuatu benda yang mudah dikata, tapi payah nak buat. Macam tabarruj, menampakkan perhiasan yang berlebih-lebihan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Dan jujur saya kata, bila kita cerita pasal aurat, first thing dalam otak kita, HAHHHH! TUDUNG LABUH!
Whoa, whoaa. Jangan melatah dulu. Jangan cepat terkam dulu. Bagi saya masa untuk menerangkannya. Baiklah,

Bertudung? Menutup aurat. Betul. Tapi, tudung yang awak pakai tuh menutup dada tak?

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   
(An Nur:31)

"Ahhhh! Susahnya ! Macam-macam kena jaga".

Ohhh. Jangan cepat melatah. Kitakan wanita muslim. IRON LADY. Sekarang ni, banyak fesyen yang dah memudahkan cara. Lahh tadi kata tak boleh berfesyen sangat? Memang betul. Tapi, fesyen yang anda semua gunakan itu kureng sikitlah penggunaan fesyenista islamik. Betul tak?

Sekarang ni, dalam youtube pun dah senang dah fesyen yang betul-betul mengikut syariah. Such as example lahh,




Mudahkan? Ustaz saya pesan, "Jangan kita menyusahkan benda yang mudah. Jangan kita memudahkan perkara yang haram. Dah haram hukumnya, maksudnya, tak boleh buat lah"

Bukan nak berlagak baik. Jauh dari sudut hati. Cuma hanya mahu memperbetulkan apa yang salah. Ehh, tak salah awak pakai tudung. Tak. Cuma pemakaian sahaja salah.Saya suka pakai pashmina sebab pashmina labuh. Dan selesa. Dan tak jarang. Begitu juga tudung lerang dan tudung kain labuh. Cuma saya agak malas sikit nak betulkan tudung kalau pakai tudung lerang. Namun hatta menjaga aurat saya, istilah malas telah missing in action. *Hohoho. Saya juga dulu seperti anda. Gila fesyen. Namun saya tak boleh selamanya sebegini kerana dulu saya pandang remeh tentang aurat. Namun insyaAllah. Semoga Allah terus peliharakan hati saya. InsyaAllah:) Dan hati kita semua.

Jadi saudari yang Allah kasihi sekalian, walau kita tahu definisi aurat tu. Kita kena praktikkan amali itu. Teruskan. Ingat, jangan mensusahkan perkara yang mudah. :) Jauh sudut hati ingin memerli, mengutuk, memaki dan sebagainya. Namun hanya menjelaskan perkara yang kita terlepas pandang sikit:) Salam sayang. May Allah bless you:)

Kak Dena Bahrin:)


Maahadians forever. 2009-2012:) 
Here. Link yang saya belajar:)

-Sufri's Blog
-Forum Muslimah/Halaqah Net
-IluvIslam

No comments:

Post a Comment