Monday, November 19

Aku.

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirahim.


Kesedihan kuat melanda. Kaki lemah. Lutut lemah. Namun, iman sepatutnya tak lemah. Kalau imanku lemah, siapa yang nak berikan aku kekuatan? Biarlah. Walaupun hati tak dapat nak menerima. Namun, aku tahu, Allah menjanjikan setiap perkara ini dengan hikmah. Walau aku tahu, walau aku selalu, aku akan kata, "Dimana hikmah yang Allah janjikan?" Tapi aku tak sepatutnya berkata begitu. Ini ujian, Zahrah. Ujian Allah. Bukan ke kau selalu kata, Everythings happen with hikmah. If you'll not get it now, it will still come to you soon. Yes. It will come. When? I don't know.


                                        _________________________________________

Sedih. Itu perasaan. Semua manusia ada. Menangis. Itu juga perasaan. Perasaan sampingan untuk sifat sedih. Jika sedih itu, sampingannya menangis. Aku? Menangis? Mungkin tidak. Namun, ia mungkin menjadi YA. Setiap manusia juga akan berperasaan. Siapa kata kau tiada perasaan? Kau ada. Jangan nafikan. Kau ada. Kau mungkin menyampah membaca tulisan aku. Itu perasaan kau.

Tapi aku tahu. Walau aku sedih seteruk mana. Allah sedang menguji aku. Setiap ujian yang Allah berikan, Dia sentiasa memberikan hikmah. Dan aku tunggu.

"Hai orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya" - ayat 200 Surah Al-Imran.


Walaupun kadang-kadang aku tanya hati, kenapa aku selalu tidak capai apa yang aku impikan? Mungkin sebab apa? Dalam jangkauan meningkat dewasa, aku tahu kenapa. Mungkin habluminannas aku tidak baik. Tidak cukup. Tidak sempurna. Tapi bukan kesempurnaan yang aku cari. Mungkin aku terlalu mahu berada di state perfection. Mungkin. Sedangkan aku masih static in state of imperfection. Aku mencuba. Untuk berubah. Tuhan masih ada untuk aku. Dan untuk kau. Ya Allah, tabahkanlah hatiku menempuh dugaanmu.


                                   ______________________________________________


Aku tahu, aku ingin sekali berjaya. Untuk dunia dan akhirat. Mungkin selama ini aku terlepas pandang. Dalam aku sibuk mengejar keduniaan. Aku lupa Allah inginkan aku mengucap syukur kepadaNya. Aku lupa untuk berada di sampingNya sedangkan Dia sentiasa menunggu aku. Aku lupa.


Dan aku tahu. Aku pasti perlu berubah. Aku tidak kisah apa hipokrit yang akan mereka sifatkan pada aku. Aku tak kisah. Aku tidak kisah mereka mengata perihal aku. Aku tidak kisah. Bukan kisah yang aku makan. Bukan hati yang aku minum. Bukan semua itu yang aku perlukan. Hanya kesedaran. Itu yang membantu. Biar tapak aku haus berjalan mencari erti. Biar kaki aku patah mencari kebenaran. Biar hati aku remuk mencari hidayahNya. Asalkan iman aku masih utuh dan kuat. Biar tak kuat seperti Taufan Sandy menghancurkan sebahagian Amerika. Biar tak kuat seperti jentolak buruk menolak cebisan bangunan di Palestin.Biar tak kuat seperti itu. Asal aku ada. Dan aku harap ia bertambah. InsyaAllah setiap hari.


Aku tahu. Aku perlu sedar. Aku tahu.

"Dan sepenuhnya urusanku ini, ku serah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab ia Maha memperhatikan semua urusan hambaNya" Surah al-Mukmin ayat 44

                              __________________________________________________


Suatu ketika, aku pernah sesal. Sesal berpindah. Aku mahu disitu. Di tempat mana aku dididik sebagai manusia. Dimana tempat aku dididik menjadi muslimah. Dimana tempat aku tersenyum mendengar pujian untuk sekolah. Di mana tempat aku melalak melolong menangis dan ketawa. Sesal. Itu tak bermakna apa-apa.


Tapi mungkin takdir telah memberikan aku segala makna. Bukan sesal yang aku perlukan. Bukan sedih yang aku inginkan. Tapi kenangan itu pasti membantu aku menjadi lebih dewasa. Maahad Muar, walau kau sekadar bangunan, kau tetap pelakar segala kenangan. Dan aku tidak pernah akan rasa menyesal meninggalkan blok yang berjasa kerana perasaan itu pasti membunuh aku menjadi manusia yang sentiasa ingin kehadapan. Namun pasti aku akan sentiasa ingat. Kerana aku rindu.



                       ________________________________________________________


Sahabat, jika manusia pendek ini melakukan dosa yang kau terasa, aku minta ampun. Jika aku bukan teman yang baik, aku minta ampun. Jika aku selalu inginkan perfection hingga aku lupa diri aku juga bodoh, aku minta ampun. Setiap daripada kau, semua lain. Itulah the state of perfection yang telah kau berikan pada aku. You'll always be.


Dan jangan kau kutuk mereka yang berhijrah kepada yang lebih baik. Berubah kepada yang mahmudah. Kerana bukan mereka mencari kesempurnaan, mereka hanya inginkan kebahagiaan. Jangan kau caci mereka yang jahat berubah menjadi baik. Bukan mereka yang mahukan perasan bagus, tapi mereka hanya inginkan ketenangan. Sahabat, ubah persperktif anda. Jadilah yang lebih baik. Pergi dengan aku. Aku ada di sini membantu.


                 _________________________________________________________



Aku tahu aku jahat. Aku tahu aku jahat. Aku tahu aku jahat. Aku tahu. Tapi aku akan berubah.Dan Allah akan membantu aku. InsyaAllah. Ubah itu satu perkara yang susah. Tapi aku tahu kau akan tolong aku. Ya, engkau. Seorang sahabat. Bukan BF, bukan teman istimewa. Aku tidak perlu semua itu. Aku hanya perlu hidayah dan petunjukNya. Mari dengan aku. Kita berhijrah.

Dan Palestinians, kau ada kami. Kita masih satu. Doa itu akan kami titipkan bersama. Namun aku tahu, Allah pasti akan mendengar doa kau dan kami di sini. Bersabarlah. Walau ujian kami tidak sehebat rintihan titisan air mata kau. Namun Allah tahu, kau pasti akan beroleh kemenangan. Kita juga.

Allah sedang uji kau Palestin.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Al-Baqarah 286

Kerana kau itu warga yang bersabar.

Wassalam.



Kau bukan seorang. Kau ada kami. Aku kongsi perasaan aku dengan kau  wahai Palestinians. Walaupun  ujian aku tak sehebat kau. Tapi kita tetap akan bersatu.


2 comments: