Saturday, October 13

Pemikiran Kritis?

Assalamualaikum wbt

Harapnya, semua dalam kalangan kita akan dirahmati Allah dan sentiasa dirahmatinya:) Amin. Hari ini, I was a little bit dissapointed but never mind. Sokay. Yah. Sokay. Huhh. Dan sebelum itu, kalau anda rasa post saya ni tak bersesuaian dengan hati anda yang kerek, gerek dan tak minat baca buku agama itu, jangan alihkan pandangan anda. Teruskan membaca. Jangan terus melatah. Kalau anda rasa diri anda OHSEM MUSLIM. Dan jangan benci saya. Saya juga saudara anda. Mempunyai misi yang sama. Mengejar sesuatu yang pasti. Betul? Iaitu ukhrawi:) Hehe, betul tak? Saya pun ikut jugak Directioners tuh. Lawson ada lagu baru kan? Hahh. Kan kan kan. Hehe. Baiklah. Hahh lagho betul saya ni. Astaghfirullah.

 Sedar tak sedar, kita sekarang ni dalam zaman ICT. Zaman yang dikatakan zaman yang maju. Sejauh kemajuan itu pun kita kadang-kadang tak sedar. Namun, zaman  ini sangat mencabar akal dan minda. Cuba luaskan pandangan, masalah-masalah sosial semakin menular. Maksiat berleluasa. Dan sekarang, apabila kejahatan itu sudah dianggap normal, kebaikan pula dianggap pelik? Kan?


 LGBT pula semakin kita nampak dengan terang tak perlu bersuluh . Nampaknya tugas kita pun semakin berat. Betul tak? Mesti semua garu kepala kan? Nampaknya ramai dah lupa tugas kita sebagai DAIE. Daie? Apa tuh? Is it kinda of food? No, jauh sekali. Daie ni maksudnya pendakwah. Mesti semua sempitkan pemikiran bahawa pendakwah/ daie ni hanyalah ditujukan pegawai agama, JAKIM, JAIJ, ustaz wa ustazah. No no no ! Anda silap ! Ya, andalah tuh yang blonde rambut! Andalah yang pakai short pant tuh! Andalah yang pakai spec Oakley tuh! Andalah yang pakai serban tuh ! Andalah yang pakai tudung bawal 2 ton ! Ya anda ! Memang anda !


ali-imran-110
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”


Jangan sempitkan pemikiran anda. Bila kita dengar ada kawan kita masuk sekolah agama,  automatik kita akan kata, " Aihh, sah lah hang dok jadi ustazah bila kuaq nanti". SAH? Ya, memang SAH. Ya, saya akan menjadi ustazah. Tapi bukan cita-cita utama saya. Saya akan menjadi peguam yang berhati ustazah.

Selalunya, orang memang selalu berfikiran sempit sesempitnya. Kalau saya bagi anda kronologi, mungkin anda akan mempercayainya bahawa anda pernah melakukannya.

Case 1
Ahmad: Aiman, aku dapat masuk sekolah SMKA.
Aiman: Hahh? Kau dapat masuk sekolah SMKA? Wahhh. Lepas ni jadik ustaz lah kauuu kann?

Case 2
Kamal: Alhamdulillah, aku dapat mengajar di sekolah agama kat ******
Kamil: Waahhhhhh ! Patutlah kau nampak lain. Yelahh, cikgu sekolah agama.

*Kamal mengajar subjek Sains.


 Betul? Betulkan. Saya juga pernah mengalaminya. Seorang  kawan lama saya di sekolah rendah bertanya khabar pada saya. Dia bertanya saya sekolah apa? Saya menjawab saya sekolah agama. Dia terus berkata, wahhh, Fatimah, kau jadik ustazah lahh pe lepas ni. Saya senyum melihat chatbox tuh. Sempitnya pemikiran kamu ini?


 Sudah menjadi kewajipan setiap manusia itu mempelajari Islam. Daripada sekolah rendah kita masuk sekolah agama. Kenapa time tuh taknak tanya diri sendiri, wahhh, aku nak jadi ustaz lahh ! Sedangkan silibusnya terbahagi kepada, Ibadah, Akhlak, Sirah, Pendidikan Quran, Tajwid, Arab dan sebagainya. Dan sesiapa yang excpert sikit, akan ke darjah khas. Munakahat, Faraid dan sebagainya. Tapi skop pengetahuan SMKA juga disempitkan. Saya tak kata sesiapa yang masuk sekolah SMKA akan menjadi ustaz dan ustazah, tapi kami akan keluar dari SMKA dengan berhatikan ustaz dan ustazah iaitu menyampaikan ilmu yang kami. ada. INSYAALLAH.

ICT. Kadang-kadang saya terfikir, ICT tu melambangkan kemajuan dunia pada zaman sekarang. Kami adalah remaja ICT ICT stands for Information Communications Technology. Namun remaja ICT inilah yang kadang-kadang membawa keburukan. Dengan terciptanya telefon mudah alih, android dan segalanya, kita kadang-kadang terjebak dengan musuh iaitu maksiat. So adakah ICT itu stands for Ituka Cara Terbaik?

 Dan perasan tak, ramai sudah menganggap gejala buang bayi itu, normal. Buli di asrama itu sudah normal. Nawaitu saya tidak mahu menghentam sesiapa. Kerana ia mungkin terjadi di kebanyakan sekolah. Tapi awak yang melakukannya, awak adalah seorang khalifah. Awak perasan tak? :) Kita satu Islam kan? :)

 Macam cikgu saya ada kata, kalau kita dari kecil dah dinormalkan dengan benda yang kadang-kadang tak normal agaknya. Okaylah, let think about this. Cikgu saya kata, pernah tak kita dengar kartun Disney yang pasal ada lambang illuminati lah and apa-apa yang related to. Bla kita dah used to watch the same things, kita takkan sedar bahawa lambang-lambang itulah illuminati ataupun yang berkaitan because we thought it was a normal thing. Bila kita dah berfikir jauh sikit, kita akan terasa, Ohhh yes ! I had watched this before. Nampak tak? Kita sudah dimomok-momokkan lambang-lambang itu sewaktu kecil. Sama juga dengan 'normal thing'. Bila adik-adik kita, atau jauh sikit, anak-anak kita nanti, bila dia nampak buli ataupun kes LGBT ini daripada kecil tanpa dibanteras dengan usaha kita, mesti dia rasa benda itu normal. Dan normal itulah kadang-kadang membuatkan dia boleh terpesong. Betul tak? Tepuk dada, tanya iman, tanya hati dan tanya diri. Astaghfirullah.

Ayuh sahabat, berfikirlah dengan jauh. Jangan sempitkan pemikiran anda. Kuatkan hati, kuatkan iman. Moga kita terus dibawah keredhaannya:) Amin:)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Ayat 12 Surah Al Hujurat

Maafkan saya andai post ini membuatkan anda marah dan tak selesa dengan blog saya, tapi seperti saya katakan, jangan sempitkan pemikiran anda. Sedarkan diri anda sebagai seorang muslim. Lapangkan dada. jauhkan kemarahan anda yang dikuatkan dengan api syaitan. Boleh? Alhamdulillah:) Wassalam:)


Ini ada doa untuk kita kamu kami semua. Doa senjata mukmin kan? Here you are. Ingat Allah yang memberi dan menarik:)

Yang baik di dunia dan di akhirat:

"Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201)

              

No comments:

Post a Comment