Friday, August 17

Bila rasa nak kahwin~

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wbt.


How are you today? Alhamdulillah, aku kat sini makin sihat. I can be strong enough ha:) Nampak tak title yang mengancam tuh? Haha. Okay. Harap sekarang ni lapangkan dada. Tenangkan jiwa. Post ni takde kena-mengena dengan what's happen now and before. Lek bro, relax:)


As teenager, aku perempuan. Yes. Perempuan tahap matang-nya lain dengan lelaki. Tak dinafikan memang semua perempuan yang dah pass umur 13 akan rasa untuk minat-meminati. I know. Sebab aku perempuan. Aku pernah experienced *sambil gelak dalam hati*. Dan catatan ni aku tulis pada awal bulan Ramadhan kat dalam buku note yang paling aku sayang. So here it is:)

Catatan. Location: Dorm Happiness, Hostel Aspuri, SMKA Johor Bahru.

Allah telah tetapkan setiap jodoh yang terbaik buat hamba-hambaNya. Terpulang pada setiap individu masing-masing. Because Allah dah kata, orang yang baik untuk orang yang baik. Orang yang jahat untuk orang yang jahat.

Maka oleh itu, semua orang ada jodoh impian masing-masing. Maybe aku macam underage untuk cerita benda ni *sambil buat peace*, tapi telah tersemat di hati, impian jodoh misteri :D. Haha *evil laugh*.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah sentiasa membantu setiap makhluk yang Allah cipta :) So, percayakan Allah atau percayakan bola kristal yang orang dok tilik-tilik tuh? Tak pun, percayakan game Love Match tuh. Itulah manusia. Kadang-kadang lebih peracayakan kebendaan daripada tuhan sendiri. Betul tak? Tepuk dada, tanya iman. Berapa kali kita ingat tuhan sehari. Ohh, aku pun T_T. Mak aihh, gila useless aku ni. Astaghfirullahalazim.

Back to soal jodoh impian, *nak tergelak aku baca perkataan 'jodoh', haha*. Setiap orang ada ala-konon-konon-wish lettew. Ada yang nak se-handsome Nazim Othman. Ada yang nak segagah The Rock. Dan masih ada yang nak sepantas Usain Bolt. Ye, siapa tahu? Mungkin mustahil bukan. Walaupun kalau bukak meja kopi teh sebesar mana, dok cerita pasal prince charming, tak semestinya jodoh kita tuh akan sebijik yang kita harapkan kan ? Kita manusia, tak pernah sempurna. Tapi, ada 2 kaedah cari jodoh yang memang mujarab mustajab lahh. Tak perlu guna pati mustajab. Memang InsyaAllah mustajab. Iaitu:-


  • "Jadilah orang yang baik, nescaya Allah akan berikan jodoh-jodoh yang baik."
  • "Ikutlah pilihan orang yang baik-baik. Nescaya pilihan orang yang baik-baik itulah hanyalah yang baik-baik sahaja"                                                                                                                                          Sumber daripada buku Beduk Diketuk (Pahrol Juoi)


Kalau perempuan sehati Batu Caves, iron steel, dan kerek macam aku ni, aku still nak FH*stands for future husband, segan nak cakap husband sebab macam muda je nak ceritaXDD* aku yang mampu membawa aku ke jalan syurga Allah. Amin:) Buat apa bersuamikan lelaki handsome, kalau pahala zero sehari. Buat apa bersuamikan lelaki gagah, kalau akhlak sediri tak boleh dijaga, Maaf kalau terover. Aku mintak maaf. Aku tak sempurna. Teringat masa Form One di Maahad Muar, ada seorang guru ni pesan suruh doa jodoh yang baik awal-awal. Walaupun masa tu, semua sahabat macam, "Eeihhh, awal lagilahh. " Namun sekarang, betul jugak apa yang guru tuh katakan.

Seriously, aku nak juga yang faham isi hati. Kau tahu, bila orang talkative, they need silent listener to hear. Haha. Macam ibu aku. Aku cerita, beliau mendengar. Hahhh, nampak tak kemanisannya disitu? Hoho:). Aku ada dengar sorang member aku kata, "Allah tak menciptakan lelaki itu ego, namun mereka sendiri yang mencipta perasaan itu" Aku pun angguk. Betul. Macam perempuan, menciptakan perasaan itu sendiri.

Dulu aku baca buku karya Hlovate , "5 Tahun 5 Bulan". On that day jugak, kalau boleh aku nak FH aku pandai main skateboard. Biar jiwa skating, janji hati USTAZ ! Siap dreaming lagi, tunggu mana-mana skater yang dah taubat, then belajar jadik doctor tapi hati alim. Haha. Allahukahbar, jahilnya aku masa tuh. Moga Allah ampunkan dosa-dosa lagha ku. Aku sangat minat karya Hlovate sebab ending-nya mesti watak dia become baik punya ! And, seriously, watak perempuan dia boleh disamakan orang disini *sambil pointing at self*. Ya, watak perempuannya, mestilah HATI BATU, KERAS HATI. Tapi jiwa mahu kawwww punya iman. Mak aihh, jiwa kekerekan gilak!

Tapi kita kena ingat, kita ini perempuan. Semua sifat lembut, hati tisu, semuanya ada pada kita tak kira keras batu marmar macamana hati kita. No lie. Tak percaya? Tunggu lah. Hehe. Jujurnya, sebatu besi mana perempuan itu, air mata akan mengalir jugak. Agree ? So, lelaki lah yang bakal memimpin hidup kita nanti. Maka, carilah orang yang boleh menjamin hidup kita fiddunyawalakhirah.

Dan couple. Usahlah. Takut-takut nanti bila kita kahwin dengan orang lain, kita akan membeza-bezakan sifatnya dengan yang sebelumnya. Ini ustazah aku yang cakap. Bila pikir balik, betul lah tuh. Mohon Allah tetapkan hati kita. Amin~

So, conclusion-nya, biar tak sehensem Nazim Othman, biar tak pandai main skateboard. Janji imannya mampu membimbing kita ke straight path no belok bengkok. Amin ya rabb. Salam ukhuwah. Peace yaww.


                                                 *****************************


Itulah catatan yang aku tulis selepas buat conversation dengan sahabat-sahabat di SMKA JB. Alhamdulillah, komen serta pendapat merekalah yang meng-inspire aku. Teringat sahabat di Maahad Muar. Anda tetap awesome ! BTW, selamat hari raya. Take not dan renung-renungkanlah. Maaf kalau mungkin terlalu awal untuk budak 16 tahun bercerita tentang hal ini. Namun, hanyalah pendapat yang diluahkan. Wassalam.

No comments:

Post a Comment